Tentang KUS Balik Pulau |
||
Gagasan Kelab Usahawan Sosial (KUS) ~ 'Social Entrepreneurs Club (SEC) Network' yang dimulakan pada tahun 2008 adalah salah satu inisiatif kerajaan melalui rangkaian Pusat Internet Desa (PID) kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) untuk mewujudkan ekosistem sokongan kendiri bagi setiap komuniti terbabit yakni di 42 lokasi di seluruh negara. Ia adalah sebahagian daripada gerak kerja tiga tahun (2008-2010) untuk mempertingkat keberkesanan setiap PID dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat. Entiti Di Balik Pulau, penubuhan KUS diselia oleh Pusat Internet Desa Balik Pulau, satu-satunya PID di Pulau Pinang, selain sebuah lagi PID di Tasek Gelugor, Seberang Perai dalam negeri yang sama. Staf PID ketika itu adalah Pn. Siti Huraizah bt. Abdul Rahman dan Cik Zaliha Sulaiman. Sepuluh (10) orang daripada ahli-ahli masyarakat setempat, termasuk dua orang staf sepenuh masa PID Balik Pulau dipilih untuk menganggotai sebuah jawatankuasa bertujuan membina dan menggerakkan sebuah kelab baru yang dinamakan "Kelab Usahawan Sosial PID Balik Pulau." Mesyuarat Agung Penaja yang diadakan pada hari Selasa, 19 OGOS 2008 juga melantik Saudara Yuhezri bin Mohd Yusoff sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pro Tem tersebut. Seterusnya, pada Mesyuarat Agung Tahunan KUS PID Balik Pulau yang diadakan pada hari Sabtu, 24 OKTOBER 2009, Saudara Yuhezri dipilih sekali lagi untuk mempengerusikan KUS Balik Pulau dengan Jawatankuasa baru seperti berikut:- PENASIHAT YB Sr. Hj Muhamad Farid Hj Saad, ADUN Pulau Betong & Penaung PID Balik Pulau PENGERUSI En. Yuhezri bin Mohd Yusoff TIMBALAN PENGERUSI En. Mohamed Nasir bin Md Sobri SETIAUSAHA Cik Sarina Ishak BENDAHARI Pn Rosidah Ismail AHLI-AHLI JAWATANKUASA:-
Bagaimanapun, sebagai sebuah badan NGO dengan sendirinya, dan berasaskan keusahawanan khususnya, KUSBP mendapatkan lebih 90% daripada dana operasinya (berjumlah lebih RM25,000 untuk tahun 2009) secara langsung melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan. KUSBP sudahpun mendaftarkan lebih 100 ahli berbayar (RM20 sahaja setahun ~ RM2 sebulan!) setakat 31 DISEMBER 2009, dan terus berkembang cargas dengan sasaran 250 ahli menjelang penghujung 2010 sehinggalah 1,000 ahli pada atau sebelum tahun 2015. Aktiviti Sebagai sebuah 'kelab usahawan sosial', KUS Balik Pulau bertindak bukan sahaja sebagai badan sokongan pemikiran tetapi juga sebagai penggerak langsung untuk pembangunan ekonomi & sosial komuniti terbabit. ''Think Tank' & 'Reach Out' Untuk agenda pertama, yakni membina pemahaman dan merangka arah bersesuaian dengan komuniti terbabit, beberapa dialog dengan beberapa pemimpin sedia ada masyarakat serta perjumpaan dan forum terbuka dengan ahli-ahli masyarakat telah dianjurkan termasuk melalui:-
|
'New Economy' Hasil daripada pemerhatian dan interaksi dengan ahli kelab, KUSBP telah menggerakkan beberapa aktiviti keusahawanan seperti berikut:-
Aktiviti-aktiviti keusahawanan sosial lain yang telah dirancangteroka adalah termasuk di bidang-bidang sukan & riadah, hospitaliti, telekomunikasi, kewangan dan hartanah. Bidang-bidang terokaan KUSBP adalah terbuka kepada pengambilalihan oleh ahli-ahli atau rakan-rakan usahasama yang berminat. |
|