Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau

Perjuangan & Wawasan KUS-BP

Mission Impossible... jeng, jeng, jeng...

Dalam menongkah arus kemajuan dan pembangunan deras di Balik Pulau, adalah menjadi misi KUS Balik Pulau untuk melengkapkan komuniti sedia ada dengan ilmu, kemahiran dan rangkaian padu sesama ahli.

Dalam pada itu, generasi pelapis akan sentiasa dipersiapkan untuk memastikan kesinambungan perjuangan.

Untuk itu, objektif KUS Balik Pulau dalam masa terdekat adalah seperti berikut:-
  1. Meluaskan jangkauan perkhidmatan asas yang ditawarkan oleh Pusat Internet Desa Balik Pulau kepada masyarakat untuk melaksanakan aktiviti yang memberi impak positif kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar mereka;

  2. Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial.

  3. Sebagai platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam mempertingkat upaya diri masing-masing

  4. Menggalakkan penyertaan lebih ramai ahli masyarakat dalam bidang keusahawanan termasuklah keusahawanan sosial.

KUS Balik Pulau mengaspirasikan sasaran jangka panjang untuk menubuhkan sebuah insititusi pembentukan dan sokongan usahawan dalam bentuk maktab atau kolej, malah sebuah universiti hendaknya sebagai pemangkin modal insan dan industri setempat, selari dengan perkembangan pembangunan sedia ada di Balik Pulau.

Industri media setempat serta penyumberluaran pengetahuan dan kreatif juga wajar dipelopori oleh komuniti Balik Pulau dalam tempoh 20 tahun dari 2010.


Make a Free Website with Yola.